Saturday, March 1, 2008

Who is Makkal Sakthi ( in Malay)

Mereka adalah Makkal Sakthi


Mereka Punya Harapan dan Matlamat
Mereka Miliki Kerjaya dan Keluarga
Mereka Berpendidikan Tinggi
Mereka Berpenggetahuan Luas
Mereka Pengamal undang-undang di Malaysia
Mereka Penuntut hak Rakyat Yang Tidak Terbela
Mereka Tidak Tunduk Kepada Kuasa Politik
Mereka Tidak Takut Kepada Pemimpin Berpengaruh
Mereka Berani Kerana Benar
Mereka Guna Sistem Yang Betul
Mereka Rayu Agar Hak Asasi Rakyat Dibela
Mereka Bukan Anti Kerajaan
Mereka Bukan Anti Mana-mana Bangsa Mahupun Agama
Mereka Bukan Anti Keamanan
Mereka Cuba Segala Cara Yang Ada
Mereka Pernah Kecewa Dengan Segala Pengabaian
Mereka Memilih Jalan Raya Sebelum Pilihan Raya
Mereka Hanya Mampu Memiliki Perhatian
Mereka Hanya Mampu Memiliki Tuduhan
Mereka Hanya Mampu Memiliki Hukuman
Mereka Hanya Mampu Memiliki Kata ‘Maaf’ Oleh Seorang Pemimpin
Mereka Kini Menanti Tindakan dan Perubahan
Mereka Tidak akan Berputus Asa
Mereka Berjanji Bersorak Terus Berjuang
Mereka Memilih Jalan Aman Damai
Mereka masih Ditindas dan Dikhianati
Mereka Takut Mempercayai Mana-mana Pemimpin
Mereka Kini Meletakkan Harapan Kepada Rakyat
Mereka Tetap Mereka Yang Ingin Mempertahankan Hak Asasi Manusia
Mereka Tidak Mempunyai Wang dan Harta Untuk Mengubah Kerajaan
Mereka Perlukan Sokongan Seluruh Rakyat Malaysia
Mereka Inginkan Kesedaran Di Kalangan Rakyat
Mereka Menanti Tarikh Keramat 8hb March 2008
Mereka Menanti Penggumuman Yang Positif
Mereka Sanggup Berkorban Demi Melihat Negara Bebas Dari Kezaliman
Mereka Bukan Parti Politik
Mereka Hanyalah Rakyat! (namun sentiada diabaikan)
Mereka Hanya Pembayar (namun duit yang dibayar disalah gunakan)
Mereka Hanya Pengundi! (Pilihlah dengan bijak agar dapat hentikan kezaliman)
Mereka Hanya Kuasa Rakyat (Usah memilih politik duit dan pentingkan kuasa)
Merekalah Makkal Sakthi (Peoples Power)

Apa lagi yang perlu dibuktikan?
Apa lagi yang perlu dipertikaikan?
5 orang peguam yang membela nasib rakyat telah ditahan dan dikurung dibawah Akta Keselamatan Negara.
Siapakah akan membela nasib anda sekiranya ada salah laku terjadi di dalam pentadbiran pihak berkuasa?
Mereka juga pernah mempertahankan hak asasi manusia tanpa menjulung Keris mahupun bendera Parti.
Mereka tidak pernah bertindak demi kepentingan diri mahupun keluarga dengan mengharapkan pulangan mahupun balasan.

taken from Hindraf yahoogroups
Bukankah mereka adalah contoh-contoh rakyat yang berani dan berjiwa perikemanusiaan? Lihatlah apa telah terjadi pada mereka yang berani meletakkan diri di dalam risiko demi membela hak rakyat!

Bukalah mata wahai teman-teman ku. Bukalah hati wahai specis manusia ku. Usahlah biarkan generasi kita menjadi mangsa hanya kerana kita gagal mengambil tindakan pada hari ini. Usalah menyesal di hari muka apabila kita sudah tidak mampu berbuat apa-apa.
Stand Up For Your Rights.....Its Now Or NEVER!