Saturday, July 31, 2010

Keluarga Hindu diugut & dinafikan kebebasan hak beragama dan penganiyaan oleh JAIM

IMG_0674
freedom religion
IMG_1734 IMG_1742
IMG_1729 IMG_1735
Date  :    31th July 2010
YAB. Dato Seri Najib Razak Prime Minister of Malaysia, Blok Utama Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,             Fax: 03-88883444 62502 Putrajaya         E-Mail: najib@pmo.gov.my
Y.B Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri, 
Blok D1 & D2, Kompleks D, 
Pusat Pentadbiran, 
Kerajaan Persekutuan,                        Fax: 03-2693 3131 
62546 Putrajaya              E-Mail: menteri@moha.gov.my
Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL (B) DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM Minister in The Prime Minister’s Department, 
Level 9, Block D7, Parcel D, 
Federal Government Administrative Centre,                                Fax: 03-8888 4952 
62519 PUTRAJAYA.        E-mail: menteri@islam.gov.my
YAB/Y.B, Per: Keluarga Hindu diugut & dinafikan kebebasan hak beragama dan penganiyaan oleh JAIM
Merujuk kepada perkara yang tersebut diatas kami membawa kepada perhatian pihak tuan berkenaan satu keluarga Hindu yang dipaksa memuluk agama Islam berikut:-


Nama  Hindu
Nama Islam yang dipaksa                                   
No KP dan status yang dipaksa                                              
Rani (Ibu)                                          
Jamilah Binti Kadir                      
640425-10-7934  (Islam)
Muniandy a/l Munusamy (ayah)
Mustapha Muniandy bin Abdullah
K/P 5702390 (Islam)
580913-10-6023
Vijaya Letchumy a/p Muniandy
(anak)
Aishah Binti Mustapha Muninady
830321-10-5894 (Hindu) 
Ganesan a/l Muniandy
(anak)
Abdul Bin Mustapha Munindy
840917-10-6037 (Islam)
Nagendran a/l Muniandy
(anak)
Hamzah  Bin Mustapha Munindy
861101-43-5877 (Islam)
Chitradevi a/p Munindy
Chitra Devi Binti Mustapa
940425-10-6354 (Islam)
Mereka sekeluarga ini adalah penganut ugama Hindu yang dianiyai oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Mereka mengamalkan ugama Hindu dan hidup sebagai orang Hindu. Selama 18 tahun yang lampau mereka telah berjuang supaya nama dan status agama Islam dalam Kad Pengenalan mereka ditukar.
Kronologi  Rani (Jamilah Binti Kadir) adalah anak perempuan kepada Aminah A/P Ahmadu & ayahnya Abdullah Kadir A/L Abdullah yang berasal dari Banting, Selangor.  16 hari selapas Jamilah dilahirkan, Ibunya telah menyerahkan Rani kepada jiran mereka bernama Kandasamy(Hindu) sebagai anak mereka.
Rani dibesarkan sebagai seorang Hindu dan pada umur 16 tahun Rani telah dikahwinkan dengan Munindy a/l Munusamy. Mereka berkahwin secara sah disisi ugama Hindu di Kuil Teluk Bunut Banting dengan adat istiadat Hindu. Mereka telah tidak mendaftarkan perkahwinan mereka.
Kehidupan keluarga mereka menjadi kucar-kacir setelah Rani mengandung dan beliau pergi ke hospital Seremban untuk pemeriksaan doktor pada tahun 1983. Pada masa tersebut jururawat hospital tersebut telah mendapati kad pegenalan Rani sebagai orang Islam. Pihak hospital telah melaporkan perkara ini kepada pihak polis. Pada malam itu pegawai daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan telah datang kerumah Rani dan beliau memeriksa Kad Pengenalan mereka lalu menahan suaminya Muniandy dan diugut jika beliau tidak memeluk ugama Islam beliau akan dipenjara untuk 6 tahun. Kerana tekanan, ugutan dan tidak mahu dipenjara 6 tahun Muniandy takut dan telah tunduk kepada kehendak Jabatan Agama Negeri Sembilan dan dia telah disunat pada hari yang sama.
Selepas daripada itu Jabatan JAINS telah membawa Rani dan Muniandy untuk berjumpa ibu kandung Rani. Ibu kandung Rani iaitu Aminah A/P Ahmadu telah megesahkan dan membenarkan anaknya Rani dibesarkan oleh keluarga angkat secara Hindu. Namun pihak JAINS enggan menerima alasan ibu Rani dan JAIM menikahkan mereka secara paksa.
Rani sekeluarga telah berpindah ke Melaka pada tahun 2000 dan telah pergi ke JAIM dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) (dengan membawa surat akuan bersumpah yang menyatakan bahawa beliau sedang mengamalkan agama Hindu) lebih-kurang 18 kali untuk tukar status agama mereka tetapi pihak berkenaan tidak peduli dengan kehendak mereka.
Ibu Rani, Aminah A/P Ahmadu telah menulis surat akuan (dilampirkan besama) kepada Ustaz Liew dari Masjid Al-Azim, Melaka:-
Walaupun Rani telah dinikahkan mengikut agama Islam, mereke masih mengamalkan upacara orang Hindu dan tidak pernah mengikut upacara dan adat resam orang Islam. Sejak lahir hingga sekarang anak saya masih meneruskan kehidupannya sebagai orang Hindu dan tidak pernah mengikut upacara ataupun adat resam orang Islam. Aminah memohon kepada JAIM supaya membenarkan Rani untuk terus mengamalkan agama Hindu.
Selepas surat akuan Aminah A/P Ahmadu bertarikh 10/03/2008 ini kepada JAIM,  Ustaz Liew dan rombongan telah meziarah kediaman Rani dan mengesahkan bahwa Rani dan sekeluarga mengamal agama Hindu. Dua minggu kemudian Ustaz Liew memanggil keluarga ini ke Masjid Al Azim dimana Rani, Vijaya Letcumi, Ganesan, Nagendran dan Chitra ditemuduga berasingan oleh pegawai JAIM.
Pegawai yang temuduga Rani cuba merasuahkannya dengan jawatan dalam kerajaan, bantuan kabajikan dll kalau mereka terus berstatus dalam Islam. Rani menolak dan menyatakan yang beliau tetap akan mengamalkan agama Hindu. Pegawai JAIM tersebut telah naik berang dan terus ugut Rani bahawa dia akan dipenjarakan kerana ini. Lalu Rani telah berkata “walaupun saya dipenjarakan, saya tetap akan berpegang kepada agama Hindu”. Selepas temuduga, pegawai JAIM mengesahkan Rani sekeluarga mengamalkan agama Hindu. Uztaz Liew memberitahu yang beliau akan memberi jawapan dalam dua (2) minggu namun selepas itu tiada jawapan. Selepas 2 minggu anak Rani bernama Ganesan telah pergi ke JAIM dan berjumpa dengan seorang pegawai bernama Nazri (012-7117098) Apabila ditanya Nazri dengan angkuh telah memberitahu Ganesan yang mereka tidak boleh buat apa-apa dan suruh dapatkan peguam membela mereka.
Minggu berikutnya Rani pergi ke JAIM dan berjumpa Ustaz Liew (017-2538968). Rani sekali lagi merayu namun Ustaz Liew hanya menyuruh mereka untuk terus amal agama Hindu dan hanya masa meninggal dunia pihak JAIM akan ambil dan kebumikan mayat mereka sebagai orang Islam. Adakah ini cara seorang Ustaz mencari penyelesai bagi keluarga Rani?
Kini Ganesan telahpun berkahwin dengan seorang wanita yang berugama Hindu dan isterinya sedang mengandung tetapi kad pegenalan Ganesan berstatus Islam. Rani memberitahu kami bahawa Ganesan sedang mengalami tekanan jiwa dan mahu membunuh diri olehkerana masalah paksaan memuluk kepada ugama Islam ini. Jika apa-apa berlaku pada keluarga Rani, pihak JAIM dan kerajaan Malaysia harus bertanggungjawab atas musihbah yang melanda mereka. Sehingga ke hari ini hanya Vijaya Letchumy seorang sahaja yang telah berjaya menukar status agama beliau dari Islam kepada Hindu.
Artikel 11 Perlembagaan menjamin kebebasan berugama. Setahu kami tidak ada paksaan dalam Islam. Kami ada pengetahuan mengenai hadis Nabi s.a.w. yang berbunyi “kepada kamu ugama kamu kepada aku ugama aku”.
Kami meminta kerjasama dan tindakan awal daripada pihak Yang Amat Berhormat / Y.B agar mendapat satu penyelesaian segera setelah 18 tahun penderitaan keluarga ini untuk meneruskan kehidupan mereka sebagai orang Hindu dan mengikut adat resam Hindu yang telah diamalkan selama ini.
Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.
Sekian, Terima Kasih.
Yang benar,
S. Jayathas
(012 – 636 2287)
Ketua Penerangan Pusat,
HRP dan HINDRAF
c.c:  Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan          Ketua Setiausaha Negara                          Pejabat Ketua Setiausaha Negara
Aras 4, Blok Timur,                                                                               
Bangunan Perdana Putra                                            
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan          No Faks: 03-88883382 
62502 Putrajaya                     Email:  ksu@moha.gov.my
Dato’ Sri Mahmood bin Adam Ketua Setiausaha,  Kementerian Dalam Negera, Aras 12, Block D1, Kompleks D,    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62540 Putrajaya                 No. Faks: 03-88891758
Dato’ Haji Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz Ketua Pengarah JAKIM Aras 9, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan    No. Faks: 03-88892033 W.P. Putrajaya                                                  E-mail : wan@islam.gov.my

Hindu family practicing Hinduism forced to convert to Islam by Jabatan Agama Islam (Islamic Religious Department)

freedom religion 


clip_image002
No.6, Jalan Abdullah, Off Jalan Bangsar, 59000 Kuala Lumpur. Tel : 03-2282 5241
Fax : 03-2282 5241 Fax: 03-2282 5245
Website: www.humanrightspartymalaysia.com E-mail: info@humanrightspartymalaysia.com
Your Reply :
In Reply :
HRP Media Event 31/07/2010 (Saturday)
RE: 1. Hindu family practicing Hinduism forced to convert to Islam by Jabatan Agama Islam
(Islamic Religious Department)
2. National Registration Department unlawfully refuse to change and register name and status of this family to Hindus.
Date : 31/072010 (Saturday)
Time : 11.30 a.m
Venue : As above
Note : The family members would be present.
Thank you.
Your faithfully,
____________________
S.Jayathas
(Information Chief)
(H/P No : 012-636 2287)