KENYATAAN MEDIA
WARTAKAN KAMPUNG BUAH PALA, PULAU PINANG SEBAGAI
TAMAN WARISAN BUDAYA
Saya merasa amat terharu dan tersentuh sekali dengan membaca Akhbar Harian Tamil hari ini yang memaparkan tangisan warga emas, kanak-kanak serta penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang. Setelah, ratusan tahun masyarakat India di tindas oleh pemerintahan British dan diikuti Kerajaan Barisan Nasional masalah penindasan kepada kaum minoriti ini masih berlanjutan walaupun mereka mempunyai kuasa “Tsunami” politik di negara ini.
Masyarakat India di Malaysia bukannya hamba kepada sesiapapun. Hanya pemerintahan, takut kalau dibiarkan mereka akan mencecah kaki di Puncak Gunung Everest atau mencapai dataran terendah lautan Altantic dahulu. Tanah yang dimiliki oleh Tuan Arumugam Pillai telah dirampas oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini atas nama pembangunan kini tanah amanah Keluarga Brown kepada pekerja menjadi rebutan.
Memandangkan terdapat unsur-unsur penyelewangan dalam pemindahan hak milik tanah tersebut , serta syarat- syarat pemilikan tanah Kampung Buah Pala menghalang sebarang pembangunan komersil tanpa persetujuan Kerajaan Negeri, maka saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengambil keputusan agar Kampung Buah Pala diwartakan sebagai TAMAN WARISAN BUDAYA dengan serta-merta dan memastikan tanah amanah ini terus dimiliki oleh pemegang amanah buat selama-lamanya.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya memberi tanah alternatif sebagaimana ianya dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini, tanpa sebarang pampasan kewangan. Ini tidak akan mengakibatkan apa-apa kerugian kewangan kepada negeri. Pemaju, terpaksa akur kepada kehendak pimpinan Negeri untuk membatalkan pembangunan di kawasan Kampung Buah Pala.
Kerajaan Persekutuan seharusnya tidak bersikap keras kepala kerana ianya melibatkan rakyat Malaysia bukannya segelintir hamba-abdi. Kemudahan di Kampung Buah Pala seharusnya di naiktaraf serta-merta sebagai lambang Warisan Budaya Negara.
Sekian.
YB S Manikavasagam
Ahli Parlimen Malaysia, Kapar
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Setiausaha Politik, Sdr M Shanmugam di talian 0192654572