Thursday, January 20, 2011

Mahkamah bebas Tharmendran dari tahanan TUDM




KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), N Tharmendran


Hakim Datuk Su Geok Yiam memerintahkan Tharmendran yang ditahan sejak 25 November lepas dibebaskan serta merta dari Kem Batu Kentomen, Jalan Ipoh.

Su membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan habeas corpus oleh Tharmendran untuk dibebaskan daripada tahanan TUDM.

Dalam afidavit sokongannya sebelum ini, Tharmendran mendakwa penahanan dan penangkapannya pada 25 November lepas adalah tidak berasas, salah dan tidak sah mengikut undang-undang dan berniat jahat.

Tharmendran, 42, mendakwa penahanan itu tidak mengikut undang-undang kerana dia adalah orang awam dan tidak lagi berkhidmat dengan TUDM sejak 28 Mei lepas.

Pada 6 Januari 2010, Tharmendran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM.

Dia didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop untuk mencuri dua enjin itu di Bangunan  Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi.
- Bernama