It is claimed that the HINDRAF chairman's statement was sensitive and that it questioned the position of the Malays and the Malay Rulers. The Home Minister, who will consult about this matter with the Sultan of Johor (but who should also consult Waytha Moorthy for fairness), claims that Waytha Moorthy's statement was intended "to create hatred towards the rulers and to dupe the people's thinking".
But let's decide on the propriety and validity of Waytha Moorthy's statement ourselves. We shall also consider who is "duping" who (if there is any such thing going on), who is more sensible, factual and reasoned, and whose statement speaks more strongly for true harmony and understanding.
To help us do this, I reproduce below both Waytha Moorthy's and the Sultan of Johor's statements.
Waytha's statement ('Is the Sultan of Johor promoting further annihilation of minority rights?', 6 October 2010):
The   recent statement by the Sultan of Johor in relation to the    constitution has thrown to light for what seems to be a veiled support    to encourage the neo-fascist movement PERKASA with their antics based  on   the purported Federal constitution.
The   failure by the Sultan to recognize and acknowledge the second  limb of   Article 153 that provides for legitimate interest of the  non-Muslim   will only provide credence to PERKASA to continue their  shenanigans   hand in hand with UMNO against the non Muslims.   
Malaysia    is a secular country and in their representation to Reid Commission  in   1956, the Rulers have specifically agreed that Islam should be for    ceremonial purpose and that they did not intend to make Malaysia an    Islamic state.    
This   was further echoed by Tunku Abdul  Rahman, at the 80th birthday   celebrations organized by the Barisan  Nasional in his honour on 8th   February 1983, where Tunku pointedly said  Malaysia should not be turned   into an Islamic state, that Malaysia was  set up as a secular State   with Islam as the official religion which was  enshrined in the   Constitution. This is the true spirit of the  constitution.
The   constitution had been pristine clear in its  objective, yet UMNO &   the government had diluted the true spirit of  the original document   with more than 650 amendments since 1957 where now  the original Federal   constitution only bear a biased mirror of its  original model against   the minorities.    
The   very notion  that it is amended just to favour a certain parties seems   all too  obvious as what had been observed over the last 50 years with   such  dilution of basic rights for the minorities on the basis of   religion  including the East Malaysians.  
The   devolution of the Rulers  power in the constitution was itself  emanated  by their own weakness as  what had been observed in during the  Mahathir  era in 1983 and 1993 as  Mahathir was able to obtain the  obedience of  the rulers for reasons  known best to them. Therefore any  issue of any  amendments to the Sultan  & Agong rights stated in the  constitution  was a downfall of their  own doing not the public at  large for the  excessive manipulated power  UMNO possessed during the  Mahathir  era.      
In   relation to  judiciary and its independence, as a rule of thumb,   constitutional  monarchy needs to understand and grasp the separation of   power between  judiciary, legislators & executives. The weakness  of  the rulers to  ensure that the legislators toe the line was obvious   during the spill  over of the UMNO general election of 1987 that  created  the Malaysian  Constitutional crises in 1988 with the  suspension of Tun  Salleh Abbas  for opposing the subordination of the  judiciary to the  legislators and  executives during the era where the  Sultan of Johor was  the Agong. This  was a clear breach of the Federal  constitution, yet it  was succumbed to  for the Mahathir legislators  & executives to  absorb the functions of  the independent judiciary  for judiical powers.
If   you look  further to East Malaysia, the monarchy is a non issue as  they  were never  part of the 1957 constitution nor are they neither  subject  to such  monarchy nor what the monarchy states or intimidates  against  the  minorities based assertion for basic rights.     
Bearing   the  above facts, and as the bearer of a constitutional monarchy for   all  Malaysians irrespective of race, religion or creed, the Sultan   should  make attempts to ensure the sanctity of the Federal constitution   in its  true sense in upholding it rather than making veiled threats  to   minorities against questioning the malay rights and acting  as    spokesperson to Perkasa. Citing lessons to be learned from the May 1969    racial riots are most distasteful and insulting the intelligence of  Non   Malays who no longer live with the idea of subjection.
As   the  Ruler for  all communities, the Sultan should remind the   government and Umno of the second limb of article 153 which provides for   the legitimate  interests of non Muslims and Article 8 which provides   for equality for  all citizens.
Thank you.
Sultan Ibrahim's statement ('Jangan bahas isu sensitive', 5 October 2010):
Sebagaimana   yang kita ketahui, Perlembagaan Persekutuan adalah  undang-undang yang   paling utama di Malaysia. Ia merupakan sebuah  Perlembagaan yang  lengkap  dan telah mengambil kira kepentingan semua  rakyat dan latar  belakang  sejarah negara ini. 
Perlembagaan   ini telah digubal dengan begitu teliti oleh Suruhanjaya  Reid yang   dianggotai oleh pakar-pakar undang-undang dari luar negara. Ia  telah   melalui pelbagai proses yang rumit, termasuklah meneliti 131  memorandum   dari semua pihak dan mengadakan 118 persidangan dalam masa  lima  bulan.
Seterusnya,   Rang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah melalui  proses  maklum  balas, kajian semula, pindaan dan akhirnya barulah  diluluskan  oleh  Majlis Undangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan  seterusnya  berkuat  kuasa pada 27 Ogos 1957.
Kita   mesti faham bahawa Perlembagaan ini telah digubal bersandarkan  kepada   semangat toleransi oleh semua pihak untuk mencapai kemerdekaan.  Oleh   yang demikian, semua aspek agama, bangsa, budaya dan bahasa telah    diambil kira dengan adil dan saksama untuk mewujudkan sebuah negara    Malaysia yang aman dan damai.
Yang   paling jelas adalah semangat toleransi dalam Parti Perikatan di  mana   MCA dan MIC telah bersetuju menerima kedudukan “hak istimewa orang    Melayu’’ dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Manakala pihak    UMNO pula telah bersetuju menerima pemberian taraf kerakyatan kepada    orang-orang asing secara jus soli.
Kita   perlu ingat bahawa Perlembagaan Persekutuan ini bukan digubal  dengan   sewenang-wenangnya. Orang dahulu telah berfikir dengan mendalam  dan   berpandangan jauh tentang masa hadapan.
Oleh   itu pada masa kini janganlah mudah sangat demi untuk kepentingan    sesuatu pihak, Perlembagaan ini dipinda sesuka hati. Kerana akhirnya    nanti Perlembagaan ini akan menjadi tidak bermakna dan mungkin tinggal    sekeping kertas sahaja.
Di   dalam seminar ini nanti, saudara saudari telitilah berapa banyak    pindaan yang telah dibuat terhadap Perlembagaan ini dan sebab-sebab    mengapa pindaan itu dibuat.
Dokumen   asas kepada Perlembagaan Persekutuan adalah Perjanjian  Persekutuan   Tanah Melayu 1948 yang ditandatangani oleh pihak British  dengan   Raja-Raja Melayu. Di mana Raja-Raja Melayu telah bersetuju  melepaskan   sedikit kuasa pemerintahannya di negeri-negeri. Namun begitu  kuasa   Raja-Raja terhadap agama dan adat istiadat Melayu masih dikekalkan  dan   dinyatakan dengan jelas.
Begitu   juga di dalam Perlembagaan Persekutuan, kuasa Yang di-Pertuan  Agong   dan Raja-Raja juga dinyatakan dengan jelas sebagai payung kepada  negara   dan negeri. Namun begitu ada juga pihak yang semasa senang, lupa  akan   pentingnya Institusi Diraja dan cuba menghapuskan kuasa Raja-Raja.
Tetapi   malangnya, apabila timbul masalah di kemudian hari, mulalah  mencari   Raja untuk meminta bantuan dan perlindungan. Inilah sikap  manusia yang   lupa diri. Semasa hari redup, payung dicampak dan dibuang,  tetapi bila   hujan turun, masing-masing berlari mencari payung untuk  berlindung.
Negeri   Johor merupakan Negeri Tanah Melayu yang pertama mempunyai    Undang-Undang Tubuh Kerajaannya sendiri iaitu pada tahun 1895.    Undang-undang ini mengambil masa 10 tahun untuk dibuat dan menjadi asas    kepada undang-undang tubuh negeri lain dan juga Perlembagaan    Persekutuan.
Di   dalam Perjanjian Persekutuan juga, Raja-Raja Melayu telah  berkorban   dan bersetuju untuk menyerahkan sebahagian kuasa mutlaknya  terhadap   negeri bagi membentuk persekutuan yang merdeka. Ini bermakna,  jika   tidak ada negeri, tidak akan ada persekutuan.
Sehubungan   dengan itu, pihak Persekutuan mestilah peka dengan apa  yang hendak   dilaksanakan di negeri-negeri. Walaupun hubungan hal ehwal  luar negara   adalah di bawah kuasa Persekutuan, tetapi sekiranya  perjanjian yang   hendak dibuat melibatkan tanah dan kepentingan negeri,  rujuklah dahulu   perkara tersebut kepada Raja negeri yang berkenaan.
Keharmonian   rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama telah  menjadi contoh   kepada negara-negara lain. Ini semua telah dapat dicapai  dengan adanya   semangat bertolak ansur dan hormat-menghormati antara  semua bangsa  dan  agama di negara ini.
Namun   begitu akhir-akhir ini, ada pihak yang begitu ghairah  memperjuangkan   kaumnya dan mempertikaikan hak dan keistimewaan orang  Melayu yang  telah  diperuntukkan sekian lama di dalam Perlembagaan.
Mereka ini adalah golongan yang cetek akal dan hanya bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan. Tindakan ini akan hanya merosakkan keharmonian hubungan kaum dan kesejahteraan hidup masyarakat negara ini.
Kita   perlu ingat, keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu  tidak   menghalang hak kaum lain, malah kaum lain juga diberi hak dan  jaminan   di dalam Perlembagaan. Ini semua terbentuk hasil dari sikap  toleransi   yang tinggi pemimpin-pemimpin kita dahulu.
Keharmonian   negara ini mestilah dijaga dengan baik dan janganlah  dibahaskan   isu-isu sensitif yang boleh menggugat kesejahteraan negara.  Jangan   dipersoalkan kuasa Raja di dalam Perlembagaan atau Enakmen Negeri    kerana itu bukanlah hak untuk dibahaskan.
Jangan   tafsir Perlembagaan mengikut selera dan kepentingan sendiri  dan tidak   perlu mengajar Raja mengenai undang-undang dan kuasa kerana  Raja  telah  dididik tentang kuasa sejak kecil lagi.
Belajarlah   daripada peristiwa 13 Mei 1969, yang mana kedamaian negara  tergadai   akibat daripada hilangnya sikap toleransi dan wujudnya  golongan   pelampau atau extremist.
Di   mana-mana juga, golongan extremist inilah yang menjadi dalang    merosakkan kedamaian sesebuah negara. Oleh itu, kita harus bersikap    sederhana dan bertolak ansur jika kita ingin hidup makmur dalam negara    yang berbilang bangsa ini.
Apa   yang lebih penting sekarang adalah untuk kita sama-sama  berganding   bahu, bersatu padu dan berusaha bersungguh-sungguh untuk  membangunkan   negara kita untuk menjadi sebuah negara yang maju.
Di   sini juga, suka saya ingatkan kepada semua pelaksana dan pengamal    undang-undang supaya mengambil tindakan selaras dengan Perlembagaan    Persekutuan. Pihak mahkamah atau badan kehakiman juga perlu lebih    berhati-hati apabila menerima sesuatu kes untuk diadili.
Kes-kes   sensitif yang tidak sesuai untuk dibicarakan hendaklah  ditolak kerana   jika mahkamah mendengar kes tersebut dan membuat  keputusan, sudah  pasti  ada pihak yang tidak berpuas hati. Oleh itu,  adalah lebih baik  jangan  dilayan atau ditolak kes-kes yang sensitif  terutamanya yang  melibatkan  kuasa Raja-Raja.
Sebarang   bentuk perbahasan dan pertelingkahan mengenai isu-isu  sensitif juga   hendaklah dielakkan kerana ia hanya akan menambahkan lagi  jurang   perselisihan terutama antara agama dan bangsa.
Segala   kekeliruan yang timbul pula perlu diperjelaskan dengan teliti  supaya   semua rakyat dalam negara ini dapat hidup dengan harmoni, aman  damai,   dan saling hormat menghormati bagi menjamin ketenteraman dan    kesejahteraan hidup semua.
Penganjuran   seminar seperti ini hendaklah dilakukan secara berterusan  dan   diperluaskan ke segenap lapisan masyarakat, terutama kepada  generasi   muda masa kini.
Saya   percaya, sekiranya mereka faham dengan maksud-maksud yang  terkandung   di dalam Perlembagaan ini dan memahami asas dan sejarahnya,  sudah  pasti  mereka akan sedar betapa beruntungnya mereka hidup di zaman    kemerdekaan.
Kepada   pembuat dan pelaksana dasar, gunakanlah kesempatan ini untuk    mendapatkan kefahaman yang jelas agar segala keputusan dan tindakan yang    diambil selari dengan peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam    Perlembagaan Persekutuan.
Saya   juga berharap agar saudara saudari yang menghadiri seminar ini  dapat   mendalami dan memahami Perlembagaan yang ada seterusnya  menjelaskan   mengenainya kepada masyarakat umum. Berpeganglah kepada  Perlembagaan   yang ada dan yang paling mudah ingatlah Rukun Negara yang  sering kita   ikrarkan.