Friday, February 19, 2010

Tanah Sekolah Tamil Ladang Rini diduduki pendatang asing Indonesia dan UMNO roboh Sekolah Tamil sedia ada.

Skudai, Feb 2010- Sekolah Tamil Ladang Rini kini berhadapan dengan masalah tanah. Selepas Ladang Rini turut menjadi habuan projek pembangunan sekolah tersebut telah diroboh dan bangunan sementara telah didirikan bersebelahan dengan Lima kidai oleh Syarikat Mutiara Rini. Pada tahun 2004 kerajaan telah memperuntukkan tanah seluas 6.1 ekar kepada Sekolah ini. Pada 12hb Oktober 2007 satu Jawatankuasa pembinaan bangunan sekolah telah ditubuhkan. Pada 22hb Jun 2009 sebuah papan kenyataan pembinaan sekolah tersebut telah didirikan atas tanah yang diberi dan satu upacara telah diadakan dengan kehadiran Ketua mandor samy velu dan mandor Johor Balakrishnan. Tetapi yang menghairankan adalah tanah seluas 6.1 ekar yang diberi kepada sekolah tersebut telah dibiarkan dihuni oleh warga Indonesia. Siapa yang membenarkan mereka untuk tinggal di sana masih menjadi tanda soal ibubapa pelajar Sekolah Tamil ladang Rini. Kerajaan UMNO harus mengambil tindakan sususlan secepat mungkin dengan mengarahkan warga Indonesia tersebut dari terus menetap di tanah sekolah tersebut. Pihak kerajaan UMNO juga harus mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah bangunan sekolah yang tetap yang dihadapi sekolah ini demi menjamin kecemerlangan akademik murid keturunan india di sekolah tersebut. Rujuk (Makkal Osai 18/2/2010 di muka surat 6 dan Malaysia Nanban 18/2/2010 di muka surat 5).

HRP: Seperti biasa tiada sebarang surat secara bertulis atau geran 6.1 ekar tanah yang telah diberikan kepada sekolah tamil ini. Keadaan ini juga berlaku kepada lebih kurang 90% daripada 523 sekolah- sekolah Tamil di Malaysia. Oleh kerana pihak yang menjadi mangsa adalah masyarakat keturunan India. Dengan ini ianya membolehkan kedua- dua kerajaan UMNO dan juga Kerajaan Negeri PKR, DAP dan PAS “mencuri” semula tanah sekolah tamil, kuil hindu, kubur hindu dan kampung- kampung India sesuka mereka dan terus menzalimi dan menganiaya masyarakat India di Malaysia.

S.Jayathas

mo-sekolah-rini-1mo-sekolah-rini-2mo-sekolah-rini-3

nanban-sekolah-rininanban-sekolah-rini-2nanban-sekolah-rini-3

nanban-sekolah-rini-4nanban-sekolah-rini-51