Friday, February 5, 2010

Masy India tidak diberi – 50,000 rumah baru untuk golongan miskin (Utusan, 4 Feb, 2009)

Sebanyak 50,000 buah rumah baru akan dibina untuk golongan miskin dan miskin tegar dalam tempoh tiga tahun bermula tahun ini bawah Program Bantuan Rumah di seluruh negara.

Pelan kerajaan ini dialu-alukan. Usaha ini seharusnya dilakukan dengan ketelusan sekali gus mengambil kira keperluan semua kaum yang dilanda kemiskinan. Tumpuan serius perlu diberi kepada masyarakat India yang miskin di kawasan bandar dan pinggir bandar kerana pelbagai kekusutan dialami oleh golongan ini. Kos hidup mereka amat tinggi berbanding orang miskin di kampung atau kawasan pedalaman. Kawasan pinggir bandar juga amat berpotensi untuk menjadi sarang penjenayah dan gengsterisme kerana peluang yang wujud di kawasan bandar yang berdekatan lebih besar dan menarik.

Belia India yang banyak terbabit dalam gengsterisme dan jenayah sememangnya berasal dari tempat-tempat seperti ini. Dengan ibu bapa yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, golongan belia terdesak untuk mencari jalan keluar yang salah di sisi undang-undang. Sewa rumah ialah beban paling besar bagi mereka lebih-lebih untuk ibu tunggal yang berpendapatan amat rendah.

Satu lagi, kerajaan harus memaparkan nama, gambar keluarga, dan maklumat tentang mereka yang mendapat faedah secara langsung daripada program kerajaan ini sekurang- kurangnya dalam Laman Web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kerajaan mesti telus (transparent) dalam hal ini ! Maklumat mereka boleh dipaparkan dalam laman web agensi-agensi kerajaan yang berkenaan yang lain seperti Kementerian Kebajikan. Kita nak tengok berapa banyak orang India miskin yang dapat bantuan ini !

- CikguParu -

utusan-malaysia-online-berita-utama

one-malaysia1