Tuesday, January 5, 2010

Tiada meja dan kerusi

LUNAS, 4, Januari - Kekurangan meja dan kerusi di Sekolah Tamil Lunas (Wellesly) yang mempunyai 3 tingkat serta 16 bilik darjah yang telah siap dibina selepas ditangguhkan semenjak 2007 telah menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan segelintir ibu bapa. Mereka yang diketuai S.Nilamogan, ahli Parti Kongres India, telah mengadakan satu perhimpunan dengan membawa sepanduk.

Mereka kecewa kerana sempena hari pertama persekolahan bangunan baru sekolah tersebut tidak dibuka. Malah mereka juga menyuarakan masalah kekurangan meja dan kerusi di samping kelewatan pembinaan bangunan baru sekolah tersebut.

Nilamegam menyatakan bahawa Sekolah Tamil ialah masalah kaum India. Jadi masalah sekolah ini harus dilihat sebagai masalah kita semua. Setiap kali Sekolah Tamil menghadapi masalah sebegini Kerajaan tidak harus berat sebelah. Kebanyakan sekolah yang belum siap dibina telah mendapat bekalan meja dan kerusi yang secukupnya tetapi Sekolah Tamil Lunas (Wellesly) yang telah siap dibina pada 19/09/09 masih kekurangan bekalan meja dan kerusi.

“Pada 30/12/2009, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Menteri Pelajaran telah berjanji untuk memberikan RM230,000 menerusi telefon dan ia mungkin akan didapati dalam dua minggu lagi”, kata Encik Paramasivam, Ketua PIBG sekolah tersebut.

Menurut Paramasivam dan juga ahli Lembaga PIBG S.Ramasivam, perjanjian pembinaan bangunan baru hanya memberi peruntukan untuk pembinaan bangunan baru sahaja. Menurut dia lagi PIBG telah menyediakan 150 meja dan kerusi dengan perbelanjaan PIBG sendiri sebanyak RM13 ribu. Turut dijelaskan bahawa bekalan meja dan kerusi untuk sekolah ini telah dipohon sejak tahun 2008 lagi.

article-of-tiada-kerusi-and-meja