Tuesday, January 5, 2010

Di manakah tanah untuk Sekolah Tamil Paya Besar?

LUNAS, 13, Disember – Sekumpulan ahli MIC dan wakil-wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengadakan demonstrasi secara aman dan meminta Ahli Parlimen Gopala Krishnan agar menunjukkan lokasi tapak untuk sekolah Tamil baru Paya Besar.

Mereka telah berhimpun di hadapan pejabat Gopala Krishnan. Pehimpunan itu telah disertai oleh 50 orang dan diketuai oleh S. Ananthan, Pengerusi MIC negeri Kedah. Beliau mengatakan bahawa Gopala Krishnan seharusnya menunujukkan tapak tanah bagi sekolah tersebut kepada mereka dan bukannya mengeluarkan notis bagi mencabar Pengerusi MIC kebangsaan, Dato Seri Samy Velu.

Beliau juga ingin tahu sama ada Kerajaan Negeri Kedah sememangnya telah memberikan tanah secara percuma untuk sekolah ini. Semalam Gopala Krishnan telah berjanji akan menunjukkan lokasi tanah yang diperuntukkan untuk Sekolah Tamil Paya Besar. Menurut ahli Lembaga MIC Kedah S.Stalin, Gopala Krishnan telah mungkir janji dan tidak menghiraukan mereka. Dia harus mendapatkan tanah secara percuma buat sekolah ini. “Malah beliau juga harus menunujukkan lokasi tapak tanah buat sekolah ini,” kata L.Thiagarajan Ketua Pemuda MIC Kedah dan Ketua- ketua Pemuda Bahagian S.P Saravanan dan M.A. Ramasami.

“Kami tidak akan berdiam diri sehingga sekolah ini mendapat tanah!”, kata Ko.V.Thiagarajan dari Makkal Murasu. “Tiada sesiapa yang harus mencari keuntungan dari segi politik dalam hal ini.”

paya-besar