BATU CAVES, 12 Januari - Penutupan jalan di Batu Caves menyukarkan para pemandu bas sekolah untuk menurunkan pelajar di hadapan sekolah malah mereka menurunkan mereka di hadapan jejantas Batu Caves. Situasi ini membimbangkan para ibu bapa dan guru kerana murid sesi pagi yang diturunkan pada 6.30 pagi terpaksa menaiki dan menuruni jejantas yang boleh mengundang bahaya sekiranya mereka terjatuh di anak tangga. Malah selepas menuruni jejantas mereka harus berjalan di tepi jalan yang digunakan oleh lori besar, kereta dan juga pelbagai jenis pengangkutan. Pemandu bas tidak dapat memasuki jalan di depan sekolah kerana ia terlalu sempit untuk patah balik semasa keluar ke jalan besar. Jalan tersebut telah ditutup disebabkan oleh kerja pembinaan landasan untuk KTM yang bakal dilancarkan.
Komen HRP: Kerajaan harus menitikberatkan keselamatan para murid kecil ini yang kurang sedar akan bahaya lalu lintas. Kerajaan seharusnya menyediakan jalan alternatif kepada pemandu-pemandu bas dan para ibu bapa untuk menurunkan anak-anak mereka di hadapan sekolah supaya keselamatan mereka terjamin.