AMPANG JAYA, 19 Januari - Panchavarnam dan suaminya Sivam tinggal di sebuah gudang sejak lima tahun yang lepas dan sedang mengharungi pelbagai dugaan hidup. Seorang pemilik bengkel motor berbangsa Cina, telah memberi tempat tinggal di sebuah gudang yang dimilikinya yang terletak di Ampang Campuran kepada Panchavarnam (40 tahun) dan suaminya Sivam (63 tahun) sehingga kini. Sivam yang terlantar di katil selama 10 tahun kerana lumpuh memerlukan penjagaan isterinya. Jadi Panchavarnam yang telah bekerja sebagai pencuci terpaksa berhenti kerja dan menjaga suaminya. Mereka tidak mempunyai sebarang pendapatan untuk menyara kehidupan mereka.