Friday, January 22, 2010

Darwin Kumar diserang pelajar –pelajar Melayu

Guru India turut ditampar

SEREMBAN 21 Januari- Seorang pelajar keturunan india dari Tingkatan Tiga yang sedang dalam perjalanan ke bilik guru telah diserang oleh beberapa orang pelajar Melayu. Mereka menggunakan perkataan “Keling mana” untuk memulakan serangan terhadap pelajar tersebut. Darwin Kumar telah dikejar sehingga ke kantin sebelum diserang. Seorang guru disiplin keturunan India yang mendapat tahu tentang hal ini telah mencuba untuk menghentikan serangan ini turut ditampar oleh salah seorang pelajar Melayu tersebut. Seterusnya sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah Letchumi Narayanan (17 tahun), Yesurajan Arputhasamy (17 tahun) serta Balakrishnan (17 tahun) turut diserang oleh tiga pelajar melayu yang telah menyerang Darwin Kumar tersebut. Serangan ini telah disaksikan oleh orang awam. Selepas membuat laporan polis, para ibubapa telah berjumpa dengan Pengetua sekolah. Namun Pengetua sekolah meminta para ibubapa supaya jangan perbesarkan hal tersebut dan tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap pelajar- pelajar Melayu tersebut. Sekarang ibu bapa kesemua keempat- empat pelajar ini dalam ketakutan untuk menghantar anak mereka ke sekolah kerana takut akan diserang lagi. ( Makkal Osai 21/1/10 di muka surat 3).

Komen HRP: Pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan. Perkara ini banyak berlaku tetapi jarang dilaporkan dalam akhbar. Kenapa ianya dibiarkan sedemikian oleh kerajaan pimpinan UMNO dan pihak polis. Ketuanan Melayu?

darwin

darwin-2