Temujanji segera dengan YAB pada 20/12/2009 diiringi P. Uthayakumar dan penyokong-penyokong.
Kami merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan kepada surat kami kepada YAB yang bertarikh 10/12/2009 dan kepada perbualan telefon di antara Setiausaha Sulit YAB En Helmi dan En P. Uthayakumar dari pejabat kami pada hari yang sama.
Kami merasa amat kesal yang kami telah tidak menerima sebarang jawapan dari YAB walaupun perkara ini adalah segera tetapi pada 15/12/2009 beberapa batang pokok telah ditebang di perkarangan kubur tersebut. Dan kami telah diberitahu yang pada hari ini pagar kubur hindu kami ini pula akan dirobohkan dan kubur kami pada bila-bila masa..
Dalam keadaan ini dan memandangkan perkara ini yang sangat segara, pihak kubur hindu Gabungan Persatuan Tamilar Kuala Ketil dengan diiringi oleh P. Uthayakumar dari parti kami juga merangkap Penasihat Undang-undang dan Peguam kami terdesak untuk hadir bersama penyokong- penyokong di pejabat YAB pada 20/12/2009 bersamaan hari Ahad jam 2.00 petang untuk berjumpa dengan sendiri dengan YAB dengan tujuan untuk mengekalkan kubur bersejarah dan warisan masyarakat India di negeri Kedah ini.
Hanya YAB sahaja yang mempunyai kuasa menurut Seksyen 76 Kanun Tanah Negara dan dengan dibaca bersama Seksyen 3 Land Acquisition Act untuk membantu mengekalkan kubur bersejarah dan warisan kami ini. Dalam apa-apa keadaan sekalipun kami meminta supaya Mandore EXCO PKR, mandore S B polis India berpangkat ASP atau mana-mana mandore India yang lain tidak turut serta dalam mesyuarat dengan YAB ini.
Ini adalah olehkerana perjuangan kami turut merangkumi penghapusan sistem mandore oleh PAS, PKR, DAP dan UMNO dan kami sebaliknya mahu berhubung secara terus dengan pihak berkuasa yang mempunyai kuasa dan tidak mandor-mandor mereka.
Sekian,
Terima kasih.
Yang benar,
_________________
P. Uthayakumar
Setiausaha Agong (pro tem)