Kempen Tandatangan : Jangan tutup SJK (T) Bukit Jalil   dan pindahkannya ke satu tapak tanah yang telah digazetkan sebagai   Sekolah Agama Sri Keladi secara sementara dengan tujuan “penghapusan   ethnik” secara sistematik sekolah ini dan kesemua 523 sekolah-sekolah   Tamil di Malaysia. SJK(T) Bukit Jalil ini adalah simbol pengorbanan,   sejarah dan warisan pekerja-pekerja ladang yang harus dipelihara sebagai   tapak Warisan Satu Malaysia untuk generasi akan datang. 
Sekolah ini  juga adalah dekat  sesuai dan perlu untuk lebih kurang 1,000 keluarga di  Flats PPR, Kg  Muhibah, Ladang Bukit Jalil, Alam Sutera, Mutiara Bukit  Jalil dan  lain-lain lagi. 
Kenapa hanya sekolah-sekolah  Tamil sahaja di kenalpasti, dipindah-  randah, dan dianayai yang tidak  dilakukan kepada sekolah-sekolah Melayu,  Cina Orang Asli, Kadazan atau  Iban.
Kami minta Kerajaan  Malaysia supaya perbuatan penutupan dan  pindah-randah sekolah-sekolah  Tamil ini diseluruh negara dihentikan  secara segera.
Kami  mahu SJK(T) Bukit Jalil ini diberikan tanah seluas sepuluh (10)  ekar  di lokasi sedia ada dan digazetkan sedimikian dan di bina semula  dan  dijadikan sebagai sekolah Bestari berasrama penuh Tamil yang pertama  di  Malaysia.
Kesemua  523 sekolah-sekolah Tamil di Satu Malaysia juga harus  diberikan tanah  lima (5) ekar setiap satu sekolah dijadikan  sekolah-sekolah kerajaan  bantuan penuh dan digazetkan sedemikian untuk  setiap satu sekolah dan  memelihara kesemua 523 sekolah-sekolah Tamil di  Satu Malaysia ini.
Please download, get signature and return to Captain Bala 019 2166205 or fax to 03-2282 5245
 


 
 
