Petaling Jaya, Jan 12- Tiga orang kanak- kanak keturunan minoriti india yang tinggal di asrama swasta NGO India ‘Agathiyan Shelter’ (dan bukannya di asrama kerajaan) tidak diterima masuk di mana-mana sekolah kerana (mereka telah dinafikan sijil kelahiran oleh kerajaan UMNO) kata P.Sivabalan petugas di asrama tersebut. (Makkal Osai 12/1/2010 muka surat 2) Menurut P.Sivabalan, beliau sedih melihat kanak- kanak tersebut Amalraj (13 tahun), Hari (12 tahun), Haran (10 tahun) yang tidak mempunyai ibu bapa menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan sijil kelahiran dan tidak dapat pergi ke sekolah lalu terkandas di asrama tersebut. Tahun ini mereka bertiga sepatutnya belajar di Tingkatan 1, Darjah 6 dan juga Darjah 4. Keinginan mereka untuk belajar tidak tercapai hanya disebabkan mereka dinafikan sijil kelahiran oleh kerajaan UMNO dan tidak diberi peluang untuk belajar di mana- mana sekolah yang lain. Ketiga-tiga kanak-kanak ini sedang berada di bawah penjagaan asrama ini selama 5 tahun.
HRP: Kanak-kanak ini adalah di antara 150,000 kanak- kanak keturunan India di Malaysia yang telah dinafikan sijil kelahiran dan akan teraniaya di seluruh tahap kehidupan mereka. Kesemua penganiayaan ini adalah disebabkan kerajaan pimpinan UMNO di Malaysia. Mereka- mereka ini juga telah dinafikan peluang untuk belajar di sekolah- sekolah Giat Mara dan lain-lain Sekolah Kemahiran kerajaan yang lain. Kanak-kanak ini meminta bantuan dari Pertubuhan bukan Kerajaan agar dapat membantu mereka. Tetapi hakikatnya hanya UMNO sahaja yang dapat membantu mereka.