SHAH ALAM, 26 Januari - Penduduk Petaling Utama PPR Lembah Subang, telah membuat keputusan untuk berjumpa dan berbincang dengan Menteri Besar Selangor. Berhubung perkara ini mereka telah berhimpun di pejabat Menteri Besar Selangor dan telah menyerahkan surat tentang permintaan mereka kepada ketua setiausaha peribadi Menteri Besar, Norsaton Aini Mohd Kasim. Rancangan pembangunan yang dijalankan di Kampung Muniyandi serta Kampung Kanagampuram yang dahulunya terletak di Petaling Utama telah menyebabkan segelintir daripada penduduk kampung tersebut dipindah ke rumah panjang yang dibina bersebelahan untuk beberapa tahun. Kini kerajaan memerlukan tanah yang didirikan rumah panjang tersebut untuk membina sekolah rendah kebangsaan. Jadi kerajaan membuat keputusan untuk memindahkan penduduk rumah panjang ini ke Blok E yang dibina bersebelahan dengan rumah panjang.
Tetapi pembinaan blok E tergendala dan para penduduk diminta untuk berpindah ke rumah pangsa Lembah Subang PPR yang terletak sejauh 7km dari tempat asal mereka. Mereka tidak bersetuju dengan keputusan ini kerana sebelum ini terdapat banyak keluarga yang dipindah dengan janji sementara ke rumah pangsa tersebut tetapi sudah 11 tahun mereka tinggal di sana tanpa mendapat rumah sendiri. Jadi 29 keluarga yang masih tinggal di rumah panjang ini ingin meyelesaikan masalah perumahan mereka dengan menemui Menteri Besar Selangor tanpa ada pihak tengah dan hanya akan berpindah ke blok F yang dibina untuk mereka sekiranya pihak pemaju dan MPS Petaling Jaya berjanji agar mereka diberi sewa rumah serta wang pampasan ganti rugi. Tiada penyelesaian sehingga kini menyebabkan mereka ingin berjumpa dengan Menteri Besar. (Malaysia Nanban 26/01/10 di muka surat 1).