Thursday, January 28, 2010

PKR: Bekalan air dinafikan 20 masyarakat india merana


KURUN, 27 Januari- Sebanyak 20 keluarga masyarakat India yang merupakan penduduk di Taman Murni sedang merana kerana tiada air selama 4 hari. Mereka menghadapi masalah tiada air kerana tidak ada air yang dikeluarkan oleh saluran air yang disambung di taman tersebut. Penduduk taman ini telah membuat aduan tentang ketiadaan air di saluran kepada Jabatan Pembekalan Air Daerah dan juga negeri sebanyak 15 kali. “Namun pegawai yang berkenaan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah ini” kata Panneerselvam salah seorang penduduk taman tersebut. Disebabkan tiada bekalan air ramai yang menghadapi kesusahan untuk. pergi bekerja, tidak dapat masak, kanak- kanak tidak dapat pergi ke sekolah. Jabatan Bekalan Air Negeri tidak mengendahkan masalah kami. Malah mereka tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menolong kami kata Puan Neelawathy. 20 keluarga masyarakat India merungut bahawa sekiranya masalah ini berterusan di mana dan kepada siapa mereka harus mengadu? (Malaysia Nanban 27/01/10 di muka surat 2).

nanban-air-1nanban-air-2