Wednesday, December 30, 2009

MRSM BAGI KESEMUA 817 PELAJAR SEKOLAH TAMIL 7A BAGI KEMASUKAN TINGKATAN SATU 2010 (Letter to PM and Education Minister) .

HUMAN RIGHTS PARTY MALAYSIA

NO.6, Jalan Abdullah, Off Jalan Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-2282 5241 Fax: 03-2282 5245 Website: www.humanrightspartymalaysia.com

Your Reference :

In Reply : HRP/ DEC/ 09

Date : 29/12/2009

YAB. Dato Seri Najib Razak

Perdana Menteri Malaysia

Blok Utama Bangunan Perdana Putra,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Fax: 03-88883444

62502 Putrajaya E-Mail : najib@pmo.gov.my.

Y.B Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Pelajaran,

Pejabat Menteri Pelajaran,

Aras 10, Block E8,

Complex Kerajaan Parcal E, Fax: 03-8889 5846

62604 Putrajaya. E- Mail: khairulam@moe.gov.my

MRSM BAGI KESEMUA 817 PELAJAR SEKOLAH TAMIL 7A BAGI KEMASUKAN TINGKATAN SATU 2010 .

Kami rujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan ingin membawa kepada perhatian pihak YAB/YB yang seramai 817 pelajar Sekolah Tamil dari seluruh negara telah mendapat keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kejayaan mereka ini telah menjadi tajuk utama dalam akhbar- akhbar Malaysia Nanban, Tamil Nesan dan Makkal Osai pada 20/11/2009 dan seterusnya selama berhari-hari selepas daripada itu.

Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia pada 29/11/09 di muka surat 8 dan akhbar New Straits Times di muka surat 20 bertajuk ‘Mara College letters out next month’, kami ingin membawa kepada perhatian pihak YAB/YB bahawa sehingga kini tidak ada seorang pun penuntut dari kalangan 817 penuntut sekolah Tamil tersebut yang telah menerima surat tawaran penerimaan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Kami ingin memaklumkan kepada pihak YAB/YB bahawa kesemua 817 pelajar sekolah Tamil tersebut telah tidak mendapat sebarang pengiktirafan yang sewajarnya sebagaimana yang diberikan kepada pelajar- pelajar Melayu Islam yang lain berdasarkan Sistem Pendidikan Kebangsaan di bawah Polisi Satu Malaysia yang menjadi asas kepada Pembangunan Malaysia.

Pelajar sekolah Kebangsaan hanya boleh mendapat maksima 5A. Tetapi ke manakah 817 pelajar sekolah Tamil ini yang mendapat keputusan cemerlang 7A ini harus pergi sekiranya mereka tidak diberi peluang ini dalam menguatkan dan mengukuhkan lagi kepintaran mereka dan seterusnya pembangunan negara.

Ekoran daripada ini, kami ingin menyarankan bahawa kesemua 817 pelajar sekolah Tamil yang mendapat 7A ini dan juga kesemua murid – murid dari masyarakat India dari Sekolah Kebangsaan yang mendapt 5A harus diberi peluang dan diterima masuk ke dalam 12,440 tempat (BH 21/11/09 page 7) di 42 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang berasrama penuh (NST 5/4/08 mukasurat 7) dan sekolah berasrama penuh bagi kemasukan ke Tingkatan Satu pada sesi persekolahan tahun 2010. Dengan kemasukan 817 pelajar sekolah Tamil ini ke dalam MRSM dan juga di sekolah – sekolah berasrama penuh ini ianya akan membuktikan keikhlasan dasar Satu Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak.

Kami juga memohon yang apabila mereka diterima masuk kelak, mereka harus diberi jaminan Kerajaan berkenaan kebebasan beragama mereka dimana mereka tidak harus disuruh atau dipaksa memakai tudung, menghadiri kelas agama Islam; menganuti ugama Islam dan mengambil bahagian dalam hal- hal yang berkaitan dengan agama lain selain daripada agama mereka sendiri seperti yang termaktub dalam Artikel 11 (Kebebasan berugama) dan dibaca bersama dengan Article 12 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan “ No person shall be required to receive instruction in or to take part in any ceremony or act of worship of a religion other than his own”.

Dalam keadaan ini kami juga meminta Kerajaan agar membina satu MRSM Tamil sebagaimana MRSM PDRM untuk anak- anak Polis, MRSM ATM untuk anak- anak Tentera dan MRSM FELDA untuk anak- anak peneroka Felda.. MRSM Tamil ini juga akan membantu memberi ransangan, semangat dan motivasi kepada 817 pelajar yang mendapat 7A dan juga lain – lain 110,000 pelajar dari 523 Sekolah Tamil di seluruh negara dan juga pelajar lain dari kalangan masyarakat India dari sekolah – sekolah Kebangsaan untuk terus cemerlang dalam pelajaran mereka dan seterusnya menyalurkan kepintaran mereka untuk mengukuhkan lagi pembangunan sejagat negara Malaysia khususnya dari segi intelektual.

Jawapan dan tindakan segera pihak YAB/YB dalam perkara ini disanjung tinggi.

Sekian,

Terima Kasih,

Yang Benar,

____________________

P.Uthayakumar

Setiausaha Agong (penaja)