No.Rpt- KLG:49989/09. 0373/09
Rampathy a/l Ramasamy. IC.N0: 490828-08-5097
Saya ayah kepada membuat laporan ini kerana saya syaki polis cuba memutarbelitkan keadaan anak saya R.Seetha yang minum paraquat.
Pada 8/11/09 lima orang remaja dibunuh/tembak mati secara kejam termasuk anak saya Surendran 24. Kenapa mereka yang bunuh anak saya tidak ditangkap tapi suami Seetha, Manimaran ditahan.
Pada 11/11/09, polis juga menganggu, geladah dan tahan keluarga kami di Balai Polis Kapar untuk soal-siasat.
Saya dapat tahu bahwa pihak polis dan pihak hospital memaksa Seetha menanda tangan satu surat yang memgatakan Seetha minum racun paraquat bukan kerana adiknya yang ditembak mati oleh polis dan polis tidak kena-mengena dengan cubaan membunuh diri oleh anak saya.
Saya tuntut agar pihak polis tidak menganggu ahli keluarga yang kini dalam keadaan sedih kerana kehilangan Surendran anak saya yang ditembak mati oleh polis dan Seetha anak saya dan 4 cucu saya dalam keadaan tenat.
Sebab utama Seetha minum racun paraquat adalah kerana dia tidak boleh terima yang polis tembak mati/bunuh adiknya Surendran secara kejam. Seetha terlalu sayang kepada Surendran. Dia selalu nangis dihadapan gambar Surendran yang meninggal.
Saya mohon agar polis jangan putar-belit dan cuba mempersalahkan suami Seetha, Manimaran. Manimaran amat sayang kepada anak saya Seetha. Semua ini berlaku kerana polis tembak mati anak saya Surendran dan saya tuntut agar tindakan diambil terhadap pembunuh anak saya dan pecat IGP Musa Hassan dan CID Director Bakri Zenin juga dipecat.
Sekian Laporan saya