Monday, March 2, 2009

Bersihkan Guantanamo Malaysia



Date: Sunday, March 01 @ 10:19:35 MYT

Topic: Pendapat


Oleh Afrar Yunus


Sejak adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beribu orang telah dijadikan penghuni di Kem Tahanan Kamunting Taiping Perak.
Undang-Undang ISA memilih mangsa mengikut kehendak nafsu dan kerakusan kerajaan biarpun perisik asing, dadah, Jamaah Islah, senjata dan sebagainya dijadikan alasan tahanan.
Akta yang dirangka RH Hickling pada tahun 1960 adalah lanjutan dari Ordinan Darurat 1948.
Akta ini memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri Malaysia menahan ‘mangsa’ selama 60 hari dan kemudian dari itu selama dua tahun dan boleh berterusan bertahun-tahun tanpa dibicarakan.


Walaupun Malaysia mempunyai pelbagai undang-undang, namun kerajaan persekutuan yang ada sekarang takut dan gagal memanafaatkan akta-akta yang sedia ada dan dikira lebih demokratik.


Mereka yang pernah ditahan mengadu didera secara fizikal dan mental. Pelbagai ancaman, pukulan, deraan, ditahan di bilik kecil tanpa cahaya dan udara, dinafi dan dihadkan lawatan keluarga dan pelbagai kaedah ganas dan zalim digunakan di Guantanamo Malaysia itu.
Bukan sahaja parti politik seperti PAS, Keadilan dan DAP memperjuangkan sejak sekian lama supaya akta dracula ini dimansuhkan hatta badan kebajikan sukarela seperti Aliran, ABIM, JIM dan berpuloh pertubuhan lain bangun menyuarakan hasrat yang sama.
Malah sejak kebelakangan ini parti komponen BN seperti MCA, PPP, MIC dan beberapa parti di Sabah dan Sarawak juga melaungkan kehendak yang sama.
Sejak dahulu lagi, Malaysia dikritik oleh negara-negara dunia agar memansuhkan ISA.
Apa guna bercakap soal demokrasi, Negara Islam dan sebagainya jika diri sendiri terpalit dengan kekejaman terhadap rakyat sendiri.


Selepas krisis UMNO, pada tahun 1988 Abdullah Ahmad pernah mengatakan bahawa , "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir mesti dibuang. Dia menggunakan undang-undang kejam ISA untuk mendiamkan pengkritiknya."
Tetapi Abdullah sama seperti manusia lain. Apabila telah mendapat tempat sebagai Perdana Menteri dan setelah adanya kuasa, ia berfatwa pula, ISA adalah "undang-undang yang perlu".
Media arus perdana termasuk Utusan Malaysia pada 10.12.08 melaporkan masih terdapat 64 orang tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting sehingga 30 Jun 2008.
Ada yang ditahan melebihi tujuh tahun tanpa bicara.


Pernah seorang penghuni di Kamunting, Shahrial Sirin, tidak sempat menemui anaknya kerana lewat dibenarkan menziarahi ahli keluarganya yang sakit tenat itu.
Selain dari Abdullah Ahmad, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan ahli kabinet Malaysia adalah mereka yang bertanggungjawab dalam pungutan saham Guantanamo ini.


Satu masa dahulu Kamunting terkenal kerana sejarah perlombongannya.
Namun ia bakal mencatatkan sejarah modennya dengan penderaan, penyiksaan dan kezaliman terhadap penduduk pribuminya.
Sampai bila lagi Guantanamo Malaysia.
Lalang yang dtanam, takkan mengharapkan padi yang tumbuh ?



Those held under the ISA are defined as a group that has virtually no rights, so it is hardly surprising that prison guards treat them as less than human.
Brad Adams, executive director of Human Rights Watch’s Asia Division.

I regard class differences as contrary to justice and, in the last resort, based on force.
Albert Einstein “Injustice anywhere is a threat to justice everywhere . . . Whatever affects one directly, affects all indirectly.” Martin Luther King Jr.


"All humanity is one undivided and indivisible family, and each one of us is responsible for the misdeeds of all the others. I cannot detach myself from the wickedest soul."