Monday, October 13, 2008

PS from WMP - Challenge to TV3, Utusan, Syed Albar to prove

KENYATAAN AKHBAR
Per : Cabaran terbuka kepada TV3 dan Utusan dan Syed Hamid Albar - Dedahkan rakaman di Rumah terbuka dan gambar-gambar yang kononnya menunjukkan HINDRAF biadap.

HINDRAF mengutuk TV3 dan Utusan dan Menteri Dalam negeri Syed Hamid Albar yang hanya melemparkan tomahan dan tuduhan melulu dan tidak berasas terhadap niat baik, murni dan ikhlas penyokong HINDRAF yang menziarahi YAB Perdana Menteri di majlis Rumah terbuka sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri. Pada 22hb September 2008 suatu permintaan ikhlas telah dibuat untuk menziarahi YAB Perdana Menteri di pejabat beliau dan Setiausaha beliau mengesahkan YAB PM tiada bantahan atas permintaan tersebut.
Seramai lebih 500 orang penyokong HINDRAF telah menghadiri majlis tersebut tetapi kurang daripada 50 penyokong dibenarkan bersalaman dengan YAB PM. Kami datang dengan niat ikhlas dengan semangat Maaf Zahir Batin disamping merayu supaya PM membebaskan semua tahanan ISA di hari mulia ini. TV3 dan Utusan dengan sengaja mengapi-apikan semangat perkauman dengan tujuan menimbulkan kebencian masyarakat Islam terhadap masyarakat India. Sekiranya benar tohamah tomahan mereka mengapa mereka tidak berani menayangkan gambar dan klip yang kononnya penyokong HINDRAF bersikap biadap dan kurang ajar.
Disebaliknya kami mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan yang YAB Perdana menteri , Timbalan beliau dan ramai lagi menteri-menteri kabinet yang senyum panjang dan menerima salamam penyokong Hindraf dengan hati terbuka dengan semangat maaf zahir dan batin.
Memang benar disamping ucapan ikhlas tersebut penyokong Hindraf merayu agar semua tahanan ISA dibebaskan. Apakah rayuan ini boleh dianggap mencemar agama Islam? Motif Utusan dan TV3 mengapikan sentimen perkauman dan agama harus dikutuk oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.
HINDARF membuat rayuan bagi semua tahanan ISA termasuk mereka yang dituduh kumpulan extremis dan pengganas Islam JI. HINDRAF mengambil kira kebajikan semua masyarakat apabila membuat rayuan tersebut kepada YAB PM.
Tahanan kami cuma 5 orang tetapi ramai anak-anak Islam, isteri-isteri Islam, bapa dan Ibu Islam yang menyambut hari Raya tanpa anak, bapa dan suami terkasih mereka. Apakah niat murni HINDRAF ini harus diputar belitkan dengan tuduhan yang kami mengancam dan menghina Agama Islam??
Kami mencabar Utusan dan TV3 agar menayangkan rakaman mereka dengan segera bagi membuktikan tuduhan mereka atau sebaliknya meminta maaf kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana menimbulkan ketegangan perpaduan.
Yang anehnya berpuluh puluh lagi wartawan asing dan dalam negeri dengan krew TV mereka langsung tidak memaparkan atau menuduh HINDRAF biadap dalam laporan mereka.

P.Waytha Moorthy
Pengerusi
HINDRAF