Tuesday, May 27, 2008

Urgent Motion to Abolish ISA in DUN Selangor


Usul tergempar ISA di DUN S'gor


May 26, 08 12:54pm


Wakil-wakil Pakatan Rakyat akan membawa usul tergempar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini bagi membantah penahanan berlanjutan seorang rakan mereka M Manoharan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Usul tersebut dijangka dibawa oleh ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Wen Sang, petang ini.M Manoharan (foto), yang menang atas tiket DAP di kerusi Kota Alam Shah, kini ditahan di kem Kamunting, Taiping sejak Disember lepas.


Aturan mesyuarat DUN hari ini memuatkan usul, antaranya, yang berbunyi: "Bahawa dewan ini mengkritik penahanan Yang Berhormat M Manoharan dari Kota Alam Shah dan aktivis Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) yang lain serta menggesa Kementerian Dalam Negeri agar membebaskan semua tahanan ISA."Manohan dan empat lagi pemimpin Hindraf - P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - ditahan pada 13 Disember selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu.