
.
Pertemuan ini adalah untuk “membentangkan” apa yang berlaku pada 16 Mac 2011 dan tidak ada apa-apa kaitan dengan sebarang usaha “memujuk” atau “kekal dalam Panel Bebas”.
.
Butir lengkap berkaitan apa-apa yang dibentangkan boleh dibaca DI SINI.
.
Tiada sebarang perubahan pada pendirian Dr Rajendran, Krishnabahawan dan Uthaya Sankar SB selepas apa yang berlaku pada 16 Mac 2011.
.
Kami bertiga berpegang pada keputusan pindaan yang telah diperakukan secara konsensus oleh Panel Bebas pada 4 Mac 2011. Sekiranya pindaan tidak dilakukan seperti diperakukan, maka novel Interlok edisi murid perlu dikeluarkan terus; seperti yang sudah dinyatakan bersama-sama senarai pindaan yang sudah diperakukan itu.
.
Perkembangan dan kenyataan rasmi akan dimuatkan di blog ini dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
http://uthayasb.blogspot.com/?zx=29b468b8d6cbe218