PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN
Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi SUKU PERTAMA TAHUN 2010 mengikut setiap negeri. Tarikh pameran bermula dari 26 April 2010 hingga 2 Mei 2010. Segala tuntutan dan bantahan yang ingin dibuat perlu mengikut Prosedur Membuat Tuntutan Dan Bantahan yang ditetapkan.
SEMAKAN RANG DPT SUKU KE-1 2010
(MENGGUNAKAN NO : KP / TENTERA / POLIS)
1. Kenapa Perlu Dipamerkan Rang Daftar Pemilih?
Rang daftar pemilih mengandungi nama-nama pemilih yang dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam daftar pemilih dan nama-nama yang dicadangkan untuk dikeluarkan dari dalam daftar pemilih.
SPR memberi peluang kepada orang ramai terutamanya kepada individu yang memohon untuk bukan sahaja memastikan namanya didaftarkan dalam daftar pemilih tetapi juga maklumat yang diberikan itu adalah betul dan tepat. Selain kepada individu yang terlibat, SPR turut memberi ruang dan peluang kepada masyarakat pengundi untuk menyemak dan memastikan bahawa semua senarai yang dicadangkan untuk dimasukkan atau dikeluarkan adalah benar dan tidak perlu dibantahi.
2. Apa Yang Dipamerkan Dalam Rang Daftar Pemilih?
Maklumat-maklumat yang dipamerkan adalah seperti yang berikut:
(a)
Nombor kad pengenalan pemilih;
(b)
Nama pemilih;
(c)
Alamat pemilih; dan
(d)
Lokaliti pemilih.
3. Di Mana Rang Daftar Pemilih Dipamerkan?
Rang daftar pemilih tambahan dipamerkan di tempat-tempat yang telah diwartakan oleh SPR di setiap negeri seperti yang berikut:
(a)
Perlis
(b)
Kedah
(c)
Pulau Pinang
(d)
Kelantan
(e)
Terengganu
(f)
Perak
(g)
Pahang
(h)
Selangor
(i)
Wilayah Persekutuan
(j)
N. Sembilan
(k)
Melaka
(l)
Johor
(m)
Sabah
(n)
Sarawak
Rang daftar pemilih juga dipamerkan dalam laman web SPR.
4. Apa Perlu Dilakukan Semasa Tempoh Pameran?
Semasa rang daftar pemilih tambahan dipamerkan, orang ramai terutamanya yang telah mendaftar dalam suku tahun tersebut perlu menyemak rang daftar pemilih tambahan yang dipamerkan bagi membuat tuntutan atau bantahan di mana perlu.
5. Tuntutan
Seseorang yang telah memohon supaya didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan bagi kawasan pendaftaran ia berkelayakan mendapati namanya telah tertinggal daripada daftar pemilih tambahan yang dipamerkan boleh mengemukakan tuntutan kepada Pendaftar dalam masa 7 hari dari tarikh daftar pemilih tambahan dibuka untuk dipamerkan. Tuntutan dibuat dengan menggunakan Borang B dan disertakan salinan Borang A. Sekiranya tuntutan diterima, nama pemilih akan dipamerkan di pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan selama 7 hari. Borang Tuntutan (Borang B) boleh dimuat turun.
6. Bantahan
Bantahan adalah permohonan kepada Pendaftar dalam tempoh pameran oleh pemilih berdaftar dalam kawasan pendaftaran berkenaan untuk membantah kemasukan nama atau pengeluaran nama pemilih dalam daftar pemilih tambahan bagi kawasan pendaftaran berkenaan yang sedang dipamerkan.
Pembantah perlu mengemukakan bayaran RM 10.00 bagi setiap orang yang dibantahkannya dan hanya dibenarkan membantah sebanyak 10 nama sahaja. Sekiranya permohonan diterima, Pendaftar akan terus membuat keputusan sekiranya terdapat bukti yang mencukupi atau menjalankan siasatan awam bagi menyiasat kebenaran bantahan tersebut. Borang Bantahan (Borang C) boleh dimuat turun.
7. Siasatan Awam
Siasatan awam akan dijalankan bagi menyiasat kebenaran bantahan. Dalam siasatan awam Pendaftar boleh memanggil pembantah, orang yang kena bantah atau saksi-saksi lain bagi membantu beliau membuat keputusan. Daftar pemilih tambahan bagi kawasan pendaftaran ini hanya boleh diperakukan setelah selesainya urusan siasatan awam ini.
8. Rayuan
Sekiranya mana-mana pihak (pembantah atau orang yang kena bantah) tidak berpuas hati dengan keputusan Pendaftar dalam siasatan awam, maka mereka boleh membuat rayuan kepada Pegawai Pengadil.