Uthaya mohon 'habeas corpus' baru
Soon Li Tsin May 22, 08 2:14pm
Permohonan baru habeas corpus difailkan oleh seorang pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) terhadap Kementerian Dalam Negeri dan pusat tahanan Kamunting kerana didakwa tidak mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya.
Peguam N Surendran memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur High hari ini bagi pihak P Uthayakumar yang mendakwa telah dinafikan rawatan perubatan sewajarnya bagi penyakit kencing manis yang dihidapinya.Uthayakumar juga mendakwa, pihak berkuasa pusat tahanan tersebut enggan memasukkannya ke Institut Jantung Negara (IJN) walaupun diminta oleh doktor supaya berbuat demikian.Permohonan beliau akan didengar pada 25 Jun depan.
Peguam itu antara lima pemimpin Hindraf yang sedang ditahan di Kamunting bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.
Habeas corpus merupakan permohonan untuk membawa tahanan ke mahkamah atau menemui hakim bagi menentukan sama ada wujud kecacatan dalam prosedur, menjadikan penahanan mereka boleh diisytiharkan tidak sah.
(Source: Malaysiakini)